suria

Tawaran Istimewa Samsung Buka Tirai 2018

SAMSUNG Malaysia Electronics (Samsung), membuka tirai 2018 dengan tawaran harga istimewa melibatkan tiga model telefon pintarnya iaitu Galaxy Note Fan Edition, Galaxy J7+ dan Galaxy J Pro.

Samsung memberikan diskaun antara RM100 sehingga RM400.

Harga asal ditawarkan bagi Galaxy Note Fan Edition adalah RM2,599 berbanding harga selepas diskaun ialah RM2,199.

Model Galaxy Note Fan Edition hadir dengan rekaan baterinya yang mengikut standard, kalis air dan habuk dan pengecasan tanpa wayar serta mempunyai pelbagai kelebihan lain.

Sementara, Galaxy J7+ ditawarkan dengan harga RM1,299 berbanding harga asalnya RM1,599.

Model ini didatangkan dengan kamera dual 13 MP (f1.7) + 5 MP (f1.9) dan prestasi yang cepat iaitu 4gb Ram, manakala model Galaxy J Pro pula 2.5 D Glass dan rekaannya logam, 13 MP (F1.7) Rear and 13 MP (F1.9) kamera di depan dan 32 memori dan 3gb Ram.

Galaxy J7

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain