suria

PayNet Bakal Bina RPP Malaysia

KUALA LUMPUR: ACI Worldwide mengumumkan Payments Network Malaysia (PayNet) akan membina platform pembayaran runcit masa nyata (RPP) Malaysia menggunakan penyelesaian Prasarana Pusat Pembayaran Segera UP ACI.

RPP ialah inisiatif strategik PayNet untuk memodenkan prasarana pembayaran runcit Malaysia, memacu inovasi dalam pembayaran elektronik dan membawa manfaat pembayaran segera kepada semua peserta dalam ekosistem pembayaran, termasuk bank, institusi pembayaran, perniagaan, pengguna dan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser dalam satu kenyataan pada Isnin berkata Pembayaran Segera UP ACI akan menyediakan fleksibiliti dan kepantasan yang diperlukan PayNet untuk terus berinovasi dan menambah baik nilai pembayaran elektronik.

Beliau berkata prasarana RPP teras akan dibina tahun ini, dan menambah tahun 2018 akan menyaksikan pelancaran kredit segera, permintaan untuk membayar bagi e-dagang dan pembayaran orang-kepada-orang dengan resolusi alamat proksi bagi menangani pembayaran menggunakan nombor mudah alih, nombor kad pengenalan pendaftaran negara atau nombor pendaftaran perniagaan.

Antara produk inovatif dalam perancangan syarikat itu ialah pembayaran rentas sempadan segera di mana membuat pembayaran di peringkat serantau dan global akan menjadi lebih pantas dan mudah seperti menghantar mesej teks.

“Kami sedang berbincang dengan rakan-rakan kami di Thailand dan Singapura untuk melancarkan perkhidmatan baharu ini,” katanya.  -- Bernama

PayNet

Artikel Sebelum

Sukses: Apa Kata Jack Ma

Artikel Berikut

Artikel Lain