Kempen 5 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia Bermula - Niaga | mStar

Kempen 5 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia Bermula

KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan sehingga 5 juta tempat duduk percuma dari 13 November 2017 hingga 19 November 2017 untuk perjalanan antara 7 Mei 2018 dan 31 Januari 2019 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Nikmati tambang daripada serendah RM0 ke destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Yangon, Siem Reap, Krabi, Surat Thani, Chiang Mai, Lombok, Phuket, Solo, Brunei, Sihanoukville, Luang Prabang, Nha Trang dan banyak lagi.

Penerbangan AirAsia (AK), kata syarikat penerbangan itu.

"Penumpang juga boleh menikmati tambang mulai RM239 dari Kuala Lumpur ke Xi'an, Hangzhou, Shanghai, Wuhan, Perth, Hokkaido dan banyak lagi, serta Jaipur yang baru dilancarkan daripada RM289 ** bagi penerbangan AirAsia X (D7).

Penumpang yang membuat perjalanan dengan AirAsia X juga boleh menikmati kemudahan Premium Flatbed yang memenangi anugerah, pada harga tambang mulai RM699 dari Kuala Lumpur ke Taipei, Chongqing, Wuhan, Kathmandu, Delhi dan lain-lain," katanya syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataan di sini Ahad.

Ahli AirAsia BIG boleh menikmati akses keutamaan dan dapat membuat tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia atau menebus penerbangan melalui aplikasi mudah alih BIG AirAsia mulai 12 November 2017.

Rakan lain juga boleh mengakses promosi 24 jam lebih awal. Ahli kad Prabayar Master BIG boleh berbuat demikian di airasia.com dan menikmati Yuran Pemprosesan Sifar.

AirAsiaGo dan AirAsia Expedia boleh mengakses promosi di laman web masing-masing, manakala ahli kad kredit AirAsia-Citi akan menerima pautan keutamaan eksklusif dari bank.

Untuk maklumat terkini, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). - BERNAMA 

AirAsia

Artikel Sebelum

PayNet Bakal Bina RPP Malaysia

Artikel Berikut

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser