Mastercard Selesai Peralihan Kepada Pin Menjelang 2018 - Niaga | mStar

Mastercard Selesai Peralihan Kepada Pin Menjelang 2018

KUALA LUMPUR: Mastercard Inc berkata syarikat itu akan mencatatkan pencapaian penting menjelang Januari 2018 apabila semua kad kreditnya akan mempunyai fungsi tanpa sentuhan dan nombor pengenalan peribadi (PIN), dalam usahanya untuk menyediakan lebih keselesaan kepada pengguna, mengelakkan penipuan dan meningkatkan keselamatan.

Ciri-ciri kad tanpa sentuhan dijangka diterima dengan meluas di Malaysia, dengan lebih banyak perniagaan mengguna pakai teknologi tersebut, kata penyedia perkhidmatan kewangan multinasional dari Amerika Syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Malaysia menyasar 30 peratus daripada semua terminal pembayaran akan berkeupayaan tanpa sentuhan menjelang 2020, bersamaan dengan hampir satu perempat juta terminal.

"Prasarana telah bersedia dan begitu juga industri daripada pengawal selia hingga kepada bank-bank dan institusi kewangan,” kata Mastercard.

Semakin ramai pengguna hari ini tidak menggunakan tunai dan memilih pembayaran tanpa sentuh bagi teknologi perkhidmatan yang lebih pantas, selesa dan selamat.

Memetik penyelidikan pasaran, Mastercard berkata pasaran pembayaran tanpa sentuh global dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 21.2 peratus daripada AS$6.70 bilion pada 2016 kepada AS$17.56 bilion menjelang 2021. (AS$1 = RM4.23).

Di Malaysia sahaja, urus niaga tanpa sentuh Mastercard meningkat 5,002 peratus antara Januari dan Ogos 2017 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Purata nilai urus niaga yang direkodkan antara Januari dan Ogos 2017 ialah RM70 bagi kad debit dan RM97 bagi kad kredit, dengan rakyat Malaysia menggunakan pembayaran tanpa sentuh kebanyakannya bagi kedai makanan dan minuman (20 peratus), diikuti pasaran raya besar (11 peratus), dan gedung pakaian (10 peratus).

Pembayaran tanpa sentuh Mastercard diterima di lebih 6.6 juta lokasi di 97 negara.

"Hanya dengan mengetik kad anda di terminal tanpa sentuhan anda sudah boleh membayar dengan lebih pantas tanpa perlu memasukkan nombor PIN, membolehkan anda membuat pembayaran dengan sekelip mata,” kata Mastercard.

Mengenai keselamatan, syarikat itu berkata Mastercard memiliki ciri-ciri keselamatan pelbagai peringkat dengan setiap urus niaga menampilkan kod keselamatan dinamik hanya sekali, yang mana akan diaktikan hanya pada tempoh mendapat kebenaran dan sentiasa berubah setiap kali kad digunakan.

"Ini menghalang pencuri daripada menggunakannya semula bagi urus niaga lain,” kata syarikat itu.

Kad tanpa sentuh tidak memindahkan kod tiga angka di belakang kad atau alamat pengebilan kepada sistem pembayaran elektronik, kata syarikat itu.-- Bernama 

Mastercard

Artikel Sebelum

ABM Nafi Susah Luluskan Pinjaman Perumahan

Artikel Berikut

IMF Lebih Optimistik Tentang Pemulihan Global

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Hello! Jangan malu pakai topeng muka....