suria

Fajarbaru Dapat Kontrak Bernilai RM101.3 Juta

KUALA LUMPUR: Fajarbaru Builder Sdn Bhd (FBSB), unit Fajarbaru Builder Group Bhd, mendapat kontrak bernilai RM101.3 juta daripada TYL Land & Development Sdn Bhd, membabitkan kerja-kerja pembinaan bagi pembangunan komersial.

Dalam satu kenyataan, Fajarbaru yang tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia berkata kontrak itu melibatkan kerja-kerja pembinaan baki bangunan dan tugasan luaran berkaitan, dalam tempoh 27 bulan.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia, FBSB berkata ia turut mendapat kontrak bernilai RM705,000 daripada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd bagi cadangan penandaan garisan di kawasan anjung, laluan jalan raya dan kerja-kerja berkaitan di Terminal 1 Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi tempoh 1 Ogos hingga 28 November, 2017.

Kontrak-kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat berkenaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2018 dan berikutnya.

Niaga, fajarbaru

Artikel Sebelum

Artikel Lain