PLI Labur Pemasaran, Infra Kembangkan Bisnes Global - Niaga | mStar

PLI Labur Pemasaran, Infra Kembangkan Bisnes Global

Pedretti (kanan) bersama Ketua Wilayah Asia PLI, Khalid Latiff pada majlis pelancaran produk terbaharu syarikat.

BANGKOK: Petronas Lubricants International (PLI), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan terus membuat pelaburan secara ketara dalam pemasaran dan infrastruktur seiring usahanya mengembangkan perniagaan di peringkat global.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan, Giuseppe Pedretti berkata, PLI sebagai antara 10 syarikat minyak pelincir utama dunia, akan meneruskan strategi pelaburan untuk tujuan tersebut.

“PLI akan melabur secara ketara dalam pemasaran dan infrastruktur memandangkan kami mahu memperluaskan edaran dunia bagi produk kami,” katanya kepada pemberita semasa pengenalan produk terkini PLI, Petronas Syntium Diesel dengan Cooltech di sini, Jumaat.

Beliau berkata, PLI baru sahaja membuka kilang baharunya di Shandong, China dan akan membuka sebuah lagi kilang di pasaran utama lain, iaitu India, tahun depan.

Menurut Pedretti, kemudahan penyelidikan dan pembangunan baharu PLI di Turin, Itali akan memulakan operasi pada Mac 2018, untuk menghasilkan lebih banyak produk yang lebih berteknologi tinggi untuk pasaran global.

Petronas Syntium kini menjadi antara jenama minyak pelincir dipercayai pemandu di seluruh dunia dan dijual di 80 pasaran.

“Petronas Syntium Diesel dengan CoolTech dicipta khusus dengan rantaian minyak kukuh        untuk       menyerap dan memindahkan haba berlebihan secara berkesan dari bahagian kritikal enjin.

“Apabila punca haba yang merosakkan enjin dapat ditangani, pemandu dijamin akan menikmati prestasi pemanduan optimum,” katanya.

Sementara itu, Ketua Rantau Asia PLI, Khalid Latiff berkata, syarikat itu menjadikan Asia Pasifik sebagai pasaran utama dan merangka pelan pertumbuhan menyeluruh untuk wilayah itu.

“Terdapat banyak pertumbuhan di rantau ini,” katanya, dengan menambah syarikat berusaha untuk mendapatkan lebih banyak pasaran di Asia Pasifik melalui produk yang dipacu secara teknologi.

Minyak pelincir Petronas Syntium Diesel dengan CoolTech, jenama pelincir Minyak Motor Kenderaan Penumpang (PCMO) utama, dihasilkan secara khusus untuk enjin edaran semula gas ekzos (EGR) dan rel sepunya.

Ia direka menggunakan kepakaran kejuruteraan bagi menentang haba enjin berlebihan bertujuan mengekalkan prestasi enjin optimum untuk pemanduan tanpa masalah.

Haba enjin berlebihan merupakan masalah lazim yang sering dipandang ringan oleh pemandu.

Bagi pasaran Thailand, Petronas Syntium Diesel dengan CoolTech akan dijual di seluruh negara mulai Ogos ini. -- Bernama 


PLI , Pedretti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maxis Catat Hasil Dan Keuntungan Kukuh

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain