suria

UEM Group Lantik Noorazman Sebagai Timbalan Pengerusi

Datuk Noorazman Abdul Aziz

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah UEM Group Bhd melantik Datuk Noorazman Abdul Aziz sebagai Timbalan Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa 14 April, 2017.

Kumpulan prasarana dan perkhidmatan berasaskan kejuruteraan itu berkata Noorazman telah lama menganggotai lembaga pengarah UEM Group, dilantik pada 15 Nov, 2010.

Ketika ini beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif, Pelaburan Khazanah Nasional Bhd dan Pengarah Eksekutif Pengawasan Khazanah Turkey Regional Office, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Noorazman menyertai Khazanah pada Mei 2010 selepas berkhidmat di Fajr Capital Ltd, syarikat penerima pelaburan Khazanah, sebagai Pengarah Urusan selama dua setengah tahun.

Sebelum itu, beliau memegang pelbagai jawatan dalam perbankan dan kewangan termasuk dengan Citigroup, Bank Islam Malaysia Bhd, Bursa Saham Kuala Lumpur dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain