MyFranchise Buka Cawangan Gloria Jean's Coffees Ketiga Di Myanmar - Niaga | mStar

MyFranchise Buka Cawangan Gloria Jean's Coffees Ketiga Di Myanmar

KUALA LUMPUR: Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise), pemegang francais induk jenama Gloria Jean's Coffees (GJC), memperluaskan pasaran antarabangsanya dengan pembukaan cawangan baharu di Myanmar.

MyFranchise, anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, memperoleh Hak Pemegang Francais Induk di Myanmar termasuk untuk hak beroperasi di kawasan lapangan terbang bagi tempoh 10 tahun.

Dalam kenyataan pada Rabu, MyFranchise berkata, cawangan terbaharu GJC di Junction City Shopping Mall itu merupakan yang ketiga selepas pembukaan outlet pertama di Myanmar Plaza pada 1 Mac, 2016 dan yang kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 1 Januari 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif MyFranchise, Jamil Busrah berkata, syarikat sentiasa optimis terhadap permintaan tinggi bagi kopi premium.

"Syarikat akan membuka tiga lagi cawangan baharu pada tahun ini agar jenama ini terus berkembang pesat di Myanmar," katanya.

Beliau berkata, tiga cawangan baharu itu akan dibuka di Star City dan Junction Square, kedua-duanya di Yangon manakala sebuah lagi di The Move, bangunan kediaman dan komersial di Mandalay.-- Bernama

Gloria Jean's , Myanmar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cosway Tingkat Pembabitan Dalam E-Dagang