Celcom Tawar Edisi Khas Iphone 7 Red Mulai Esok - Niaga | mStar

Celcom Tawar Edisi Khas Iphone 7 Red Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd akan menawarkan pakej menarik edisi khas iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (Produk) Red berwarna merah untuk pengguna pelan 'First Gold Plus' dan 'First Platinum' yang ditawarkan bersama kemudahan internet 40GB dan 60GB, mulai esok.

Produk itu diperkenalkan bagi meraikan ulang tahun ke-10 kerjasama Apple dengan inisiatif kesedaran Aids atau Red itu selain menjadi usaha murni membolehkan para pelanggan menyumbang kepada dana global itu bagi merealisasikan hasrat generasi bebas Aids.

Dalam satu kenyataan hari ini, Celcom berkata para pelanggannya boleh membuat tempahan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus edisi khas itu di semua outlet Blue Cube di seluruh negara serta premis rakan terpilih Celcom, mulai esok.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Azwan Khan Osman Khan berkata, ia merupakan satu penghargaan buat Celcom apabila dapat menyertai serta menjadi lokasi untuk para pengguna menyokong usaha murni berkenaan.-- Bernama

Celcom Axiata , iPhone 7

Artikel Sebelum

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu