suria

Telekom Lantik Rafaai Sebagai CTIO

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) melantik Datuk Rafaai Samsi sebagai Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi (CTIO) baharunya berkuatkuasa 18 Februari 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, TM berkata, Rafaai yang sekarang ini merupakan Timbalan CTIO dan Ketua Pegawai Pengalaman Pelanggan, akan menggantikan Giorgio Migliarina yang meletakkan jawatan pada tarikh yang sama. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata  Rafaai merupakan pilihan utama untuk menerajui Teknologi Maklumat (IT) dan Teknologi Rangkaian TM. 

Rafaai dilantik sebagai Timbalan CTIO bagi mengendalikan operasi harian dan usaha-usaha mempertingkatkan Bahagian IT dan Teknologi Rangkaian sejak Januari 2013. - BERNAMA

Telekom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

GST Bukan Punca Mydin Rugi

Artikel Lain