suria

Kelington Dapat Kontrak RM40 Juta

Kelington memasang peralatan infrastruktur seperti paip ultra untuk kilang semi konduktor dan solar.

KUALA LUMPUR: Unit Kelington Group Bhd, Kelington Technologies Sdn Bhd, memperoleh kontrak RM40 juta untuk perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan pasang siap untuk syarikat pembekal utama dunia bagi polimer khusus emulsi.

Penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu itu berkata dengan projek baharu ini, perolehan projek dalam tangan kini bernilai RM260 juta.

Skop kerja meliputi pembinaan kemudahan pengilangan baharu di Pasir Gudang, Johor serta kerja-kerja pemasangan paip, mekanikal, dan pemasangan peralatan, katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Kontrak yang dijangkakan siap pada Disember 2017, juga meliputi kerja-kerja sivil, bangunan, struktur serta seni bina dan kemasan di kemudahan itu.-- Bernama


Kelington, Pasir Gudang

Artikel Lain