Petronas Kurangkan Keluaran 20,000 Tong Sehari Tahun Depan - Niaga | mStar

Petronas Kurangkan Keluaran 20,000 Tong Sehari Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Petronas akan mengurangkan hingga 20,000 tong sehari (bpd) minyak mentah daripada purata pengeluaran tahun ini bermula Januari tahun depan.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, syarikat minyak nasional itu berkata pelarasan secara sukarela tersebut mengambil kira keadaan dan prospek pasaran semasa.

Ia juga hasil daripada pakatan yang dibuat di Vienna, Austria pada 10 Disember lalu antara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar bukan OPEC, katanya.

Mesyuarat itu bersetuju supaya ahli bukan OPEC perlu mengurangkan kepada 558,000 bpd selama enam bulan mulai 1 Januari 2017.

Sebelum ini, Petronas menyatakan komitmen untuk menyesuaikan pengeluaran minyak mentah dalam usaha mengurangkan bekalan global. - BERNAMA

Petronas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Petronas Sahkan Dapat 2 Blok Laut Dalam Mexico

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut

Henti siasat empat suspek MH17