Program Next Great Asean: 20 Syarikat Permulaan Disenarai Pendek - Niaga | mStar

Program Next Great Asean: 20 Syarikat Permulaan Disenarai Pendek

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 syarikat permulaan terbaik  telah disenarai pendek daripada 417 pemohon untuk mengambil bahagian dalam forum  Asean's Next Great Idea yang berlangsung di Kampus MaGIC, Cyberjaya.

Program yang berjalan selama enam hari bermula hari ini, akan menyaksikan syarikat-syarikat terbabit belajar untuk membangunkan tiga aspek utama perniagaan mereka pada masa depan iaitu pelanggan, produk dan pasaran.

Ia menyediakan para peserta, peluang untuk memperbaiki dan menterjemahkan  idea-idea mereka menjadi kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Ashran Datuk Ghazi dalam satu kenyataan bersama Uber dan Digi memberitahu di bawah program ini, para peserta digalakkan untuk tampil ke hadapan bagi membangunkan idea-idea mereka.

"Kemunculan idea-idea baharu ini yang menyebabkan ekosistem keusahawanan kita terus berkembang.

"Kami amat teruja untuk menyambut para peserta ke kampus kami, kami juga  menggalakkan semua orang untuk bertukar-tukar idea, memberi maklum balas yang konstruktif, melibatkan diri dengan mentor kami, serta mengambil peluang  sepenuhnya daripada forum Asean'S Next Great Idea," katanya.

Asean's Next Great Idea, satu inisiatif yang dianjurkan bersama oleh Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Uber dan Digi memulakan forum ideanya semalam.

Forum itu akan membolehkan para peserta mendapatkan akses langsung kepada sumber terbaik dalam ekosistem iaitu kepakaran MaGIC dalam pembangunan usahawan, pengalaman sebenar Uber dan kekuatan Digi Incub8 dalam strategi permulaan.

Semua ini akan membantu para usahawan untuk menambah baik idea-idea atau konsep mereka sebelum mencipta prototaip yang berjaya sebelum memasuki tahap seterusnya iaitu pelaburan dan pembiayaan.-- Bernama


Next Great Asean , MaGIC , Cyberjaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain