suria

Pusat Pelanggan Huawei Baharu Bantu Pacu Transformasi Ekonomi Digital Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerima lukisan daripada Pengarah Eksekutif dan Presiden Produk Huawei Technologies Ryan Ding Yun (kanan) selepas merasmikan Forum Ekonomi Digital Malaysia - China di Double Tree Hilton.Turut hadir Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia - China, Tan Sri Ong Ka Ting (kiri) AZMAN GHANI / The Star

KUALA LUMPUR: Pusat Integrasi Penyelesaian Pelanggan dan Pengalaman Huawei (CSIC) yang baharu di sini, akan membantu memacu transformasi ekonomi digital negara.

Ketua Pegawai Eksekutif bagi Malaysia, Abraham Liu, berkata pelanggan dan rakan Huawei boleh memanfaatkan platform inovasi ini bagi mereka bentuk dan menguji penyelesaian teknologi, mengesahkan model perniagaan baharu, selain mendorong penggunaa aplikasi dan perkhidmatan inovatif kepada sektor awam dan swasta.

"Pusat ini dibangunkan sebagai hab inovasi komunikasi dan maklumat (ICT) dan pusat kecemerlangan bagi memacu ekososistem terbuka industri, selain meningkatkan transformasi ekonomi digital di Malaysia.

"Selain itu, Huawei merancang mewujudkan makmal Data Raya (Big Data), Awan, Internet of Things serta video dalam tempoh tiga tahun," katanya semasa pelancaran pusat itu yang terletak di Integra Tower@ the Intermark, di sini, Rabu.

Pusat serba moden itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Meliputi kawasan seluas 13,000 kaki persegi, CSIC Huawei menyepadukan lebih 120 aplikasi rujukan dan perkhidmatan di seluruh dunia.

Abraham berkata menerusi pusat itu, Huawei akan terus membawa pengalaman dunia dalam konteks Malaysia, memberi perkhidmatan yang lebih baik bagi  memenuhi kehendak industri ICT serta membantu pemegang kepentingan berjaya dalam perniagaan.

"Bagi meningkatkan transformasi digital Malaysia, kami perlu memberi tumpuan ke atas usaha sama industri bagi menawarkan kemahiran, penyelesaian dan infrastruktur yang tepat," katanya.-- Bernama

Huawei, Abraham Liu, Integra Tower

Artikel Lain