Agrobank Buka Pusat Pembiayaan Komersial Di Cameron Highlands - Niaga | mStar

Agrobank Buka Pusat Pembiayaan Komersial Di Cameron Highlands

KUALA LUMPUR: Agrobank, sebuah bank milik kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan, membuka pusat pembiayaan komersial di Kampung Raja, Cameron Highlands untuk memenuhi keperluan pengusaha pertanian di kawasan itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata melalui pusat pembiayaan itu, tumpuan perniagaannya kepada pengusaha industri kecil dan sederhana di kawasan tersebut yang memerlukan kemudahan pembiayaan komersial RM200,000 hingga RM10 juta untuk mengukuhkan perniagaan berasaskan pertanian.

"Memandangkan aktiviti ekonomi utama di sini ialah pertanian dan perladangan, kewujudan Agrobank di sini amat relevan dan menepati keperluan pasaran berikutan terdapat 2,400 petani berdaftar terutamanya di kawasan Cameron ini sahaja," katanya dalam kenyataan Isnin.

Melalui pusat pembiayaan itu, Agrobank menyasarkan peningkatan syer pasaran daripada 16 peratus kepada 30 peratus dalam tempoh dua tahun dari penubuhannya iaitu sebanyak RM111.2 juta pada tahun ini kepada RM148 juta.

Agrobank turut mempunyai sebuah lagi cawangan di Tanah Rata di Cameron Highlands yang akan menumpukan kepada pemprosesan pembiayaan komersial kurang daripada RM200,000 dan kemudahan mikro serta perkhidmatan perbankan yang lain.-- Bernama




Agrobank , Cameron Highlands , Kampung Raja

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain