suria

Simpanan KWSP Shariah Cecah RM41.1 Bilion

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Rabu mengumumkan sebanyak 41.07 peratus atau RM41.1 bilion daripada peruntukan permulaan RM100 bilion untuk Simpanan Shariah 2017, sehingga pada 13 September 2016.

Dana persaraan itu berkata ahli yang ingin menukar kepada Simpanan Shariah perlu mengunjungi mana-mana cawangan KWSP, di seluruh negara untuk mengelak kesesakan orang ramai pada saat-saat akhir pada Disember.

"Tarikh tutup bagi Simpanan Shariah 2017 adalah pada 23 Dis, 2016 atau tertakluk kepada ketersediaan peruntukan RM100 bilion," katanya dalam satu kenyataan..

Pendaftaran bagi Simpanan Shariah dibuka pada 8 Ogos, 2016.  - BERNAMA

KWSP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

LBS Jual Ekuiti RM225 Juta

Artikel Lain