Samsung Gantung Jualan Galaxy Note7 - Niaga | mStar

Samsung Gantung Jualan Galaxy Note7

KUALA LUMPUR: Samsung menghentikan semua jualan Galaxy Note7, selepas 35 kes behubung sel bateri dilaporkan di seluruh dunia sehingga 1 September lalu.

"Kami sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh dengan pembekal kami bagi mengenal pasti bateri yang terjejas dalam pasaran.

"Memandangkan keselamatan pelanggan merupakan keutamaan di Samsung, kami menghentikan jualan Galaxy Note7," kata Samsung Malaysia Electronics menerusi satu kenyataan di sini.

Syarikat itu juga akan menggantikan peranti sedia ada daripada pembeli yang sudah pun memiliki Galaxy Note7 dengan alat baharu pada minggu-minggu akan datang.

Pelanggan boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di 1-800-88-7799 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedudukan peranti Galaxy Note 7 mereka sedia ada sebelum sebarang penggantian dilakukan.

"Kami akan berusaha untuk memastikan penggantian yang selesa dan cekap," kata syarikat itu.-- Bernama

Samsung Galaxy Note7

Artikel Sebelum

AirAsia Tawar Promosi Tiga Juta Tempat Duduk

Artikel Berikut

Malaysia Pelabur Asing Kelapan Terbesar di Laos

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia