suria

Ranhill Belum Terima Sebarang Projek IPP

KUALA LUMPUR: Ranhill Corporation Bhd mengumumkan bahawa konsortiumnya belum menerima sebarang surat berhubung projek Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) baharu di Malaysia.

Menurut kenyataan Ranhill kepada bursa tempatan, sebuah konsortium diterajui syarikat bersekutunya telah menyerahkan kertas cadangan pembangunan loji jana kuasa turbin gas kitaran gabungan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada April 2016.

"Sehubungan itu, kami (bagaimanapun) mahu menjelaskan bahawa tiada Surat Pelantikan yang diterima oleh konsortium itu setakat ini," menurut syarikat berkenaan.

Ranhill mengulas mengenai laporan akhbar bertajuk "Ranhill tipped for another IPP".

Menurut Ranhill, syarikat akan membuat pengumuman diperlukan kepada Bursa Malaysia jika terdapat perkembangan penting berkaitan projek berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain