Iris Antara Pilihan Selepas Dapat Kontrak RM170 Juta - Niaga | mStar

Iris Antara Pilihan Selepas Dapat Kontrak RM170 Juta

KUALA LUMPUR: Iris Corp Bhd menjadi antara saham pilihan utama di Bursa Malaysia pada sesi awal hari ini selepas syarikat memperoleh kontrak bernilai RM170 juta bagi membekalkan 2.5 juta pasport elektronik Nigeria.

Setakat pukul 9.42 pagi, kaunter naik 1.5 sen kepada 16 sen dengan 36.96 juta saham bertukar tangan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, IRIS Corp menyatakan kontrak tersebut yang ditandatangani dengan firma berpangkalan di Nigeria, IRIS Smart Technologies Ltd, bagi tempoh tiga tahun dari tarikh ditandatangani.

"IRIS Corp akan, dari semasa ke semasa, membekalkan dan menyediakan kuantiti e-Pasport tersebut mengikut surat kredit yang dikeluarkan oleh IRIS Smart seperti yang dinyatakan dalam perjanjian itu," kata pereka ePasport pertama dunia dan kad pintar pelbagai guna itu.

Artikel Sebelum

Naza Italia Maserati Levante

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain