suria

TH Heavy Terima Kontrak Membekalkan 3 Kapal Ronda Untuk MMEA

KUALA LUMPUR: TH Heavy Engineering Bhd telah menerima surat hasrat yang tidak terikat untuk pembekalan, penyerahan, pengujian dan pentauliahan tiga unit kapal ronda luar pesisir, lengkap dengan kelengkapan dan aksesori untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Surat ini tertakluk kepada persetujuan bersama yang dicapai antara APMM dan syarikat itu, di mana syarikat berkenaan akan membuat pengumuman lanjut mengenai perkara tersebut," kata TH Heavy dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Pada Selasa, TH Heavy menerima pertanyaan mengenai aktiviti luar biasa daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berikutan kenaikan mendadak harga sahamnya dan volum diniagakan.

Setakat tengah hari, saham syarikat itu tidak berubah pada 22 sen dengan 102.17 juta saham bertukar tangan. Ia adalah saham paling cergas didagangkan pada sesi pagi.

TH Heavy

Artikel Lain