suria

KUALA LUMPUR: AWC Bhd meraih kontrak berkaitan infrastruktur bagi hab pendidikan di Cyberjaya bernilai RM12.67 juta.

Subkontrak tersebut, diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, M and C Engineering and Trading Sdn Bhd, akan bermula serta-merta dengan tarikh siap disasarkan pada 17 Ogos, 2017, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

"Kontrak itu, antara lainnya, melaksanakan dan menyiapkan pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pengoperasian penghawa dingin dan perkhidmatan pengudaraan mekanikal serta elektrik dan perkhidmatan bagi perlindungan kilat," katanya.

Katanya projek itu untuk pembinaan kolej swasta di tanah seluas kira-kira 1.62 hektar.

AWC berkata apabila siap, kemudahan itu akan menempatkan blok pentadbiran, blok akademik dengan kemudahan yang lengkap, kafe, perpustakaan dan surau.

Cyberjaya

Artikel Berikut

Artikel Lain