Pemilik Rumah Kali Pertama Terus Dapat Akses Kepada Pembiayaan - BNM - Niaga | mStar

Pemilik Rumah Kali Pertama Terus Dapat Akses Kepada Pembiayaan - BNM

KUALA LUMPUR: Pemilik rumah kali pertama terus mempunyai akses kepada pembiayaan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata pinjaman perumahan terus berkembang pada paras dua angka, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 10.6 peratus  pada akhir Mei 2016.

"Kira-kira 75 peratus daripada peminjam (kira-kira 1.5 juta) dengan pinjaman perumahan adalah pembeli rumah kali pertama," katanya.

BNM mengulas artikel media yang meminta bank pusat mengkaji semula garis panduan pinjaman.

Bank pusat itu berkata akses kepada kredit bukan masalah yang dihadapi bakal pembeli untuk memiliki rumah mampu milik.

"Terdapat isu-isu yang lebih asas yang memerlukan resolusi seperti dari segi kemampuan dan kekurangan penawaran rumah yang berharga berpatutan. 

"Garis panduan pembiayaan oleh BNM akan memastikan individu meminjam mengikut kemampuan mereka untuk membayar balik pinjaman tersebut," katanya.

BNM berkata ia meletakkan tanggungjawab ke atas bank untuk mewujudkan pendapatan peminjam yang akan disediakan untuk memenuhi pembayaran balik hutang, selepas mengambil kira perbelanjaan dan tanggungan luar jangka.

"Ini untuk melindungi dan mengelak individu daripada menghadapi kesukaran dari segi kewangan kerana meminjam berlebihan, yang akhirnya menjejaskan pemilikan rumah disebabkan perampasan harta," katanya.

Bank pusat itu berkata ia tidak menetapkan sebarang had pinjaman, berikutan keputusan pinjaman ditentukan oleh keputusan perniagaan bank, mencerminkan kesanggupannya untuk mengambil risiko dan strategi.

"Sebagai peraturan am, semua pemohon yang memenuhi kriteria kredit dan mampu untuk membayar balik hutang akan mempunyai akses kepada kredit," katanya.

BNM berkata pihaknya, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit serta Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia terus bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri untuk menambah baik proses meluluskan permohonan pemohon bagi rumah mampu milik untuk memastikan mereka juga layak untuk pembiayaan bank.

"Ini termasuk membantu individu mengenal pasti langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kelayakan mereka untuk pembiayaan," katanya.-- Bernama


Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain