AirAsia Tawar Tambang Promosi Ke India - Niaga | mStar

AirAsia Tawar Tambang Promosi Ke India

KUALA LUMPUR: AirAsia memperkenalkan promosi 'Terbang Seperti Superstar" pada semua destinasi AirAsia dan AirAsia X ke India dari Kuala Lumpur.

Tambang terbabit serendah RM169 bagi penerbangan sehala dan termasuk cukai.

Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, promosi eksklusif itu mulai 27 Jun hingga 3 Julai 2016 dan penumpang boleh terbang mulai 28 Jun hingga 24 November 2016.

"Promosi ini dibuka untuk tempahan dalam talian di airasia.com serta aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android serta mobile.airasia.com," tambahnya.

AirAsia terbang dari Kuala Lumpur ke Bengaluru, Chennai, Hyderabad, Kochi, Kolkata, Tiruchirappali (Trichy) dan Visakhapatnam manakala AirAsia X  terbang ke New Delhi.

AirAsia juga memperkenalkan 'Briyani Sayuran Kabali' untuk tempahan awal menu dalam penerbangannya.

Hidangan istimewa itu boleh ditempah awal bagi semua penerbangan yang dikendalikan AirAsia mulai 1 Julai dengan harga pengenalan hanya RM9.90.

AirAsia adalah syarikat penerbangan rakan kongsi rasmi filem Tamil 'Kabali', yang dibintangi 'superstar' Rajinikanth.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain