Bina Puri Dapat Kontrak Ketiga Di Rapid Pengerang - Niaga | mStar

Bina Puri Dapat Kontrak Ketiga Di Rapid Pengerang

KUALA LUMPUR: Bina Puri Sdn Bhd, anak syarikat Bina Puri Holdings Bhd telah diberikan kontrak bernilai RM73 juta oleh Punj Lyoyd Sdn Bhd untuk membina pengalas paip dan perkhidmatan di bawah tanah di Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.

Dalam satu kenyataan, Isnin, Bina Puri berkata, kerja-kerja itu dijadual siap dalam 18 bulan.

Bina Puri berkata, projek itu adalah yang ketiga di Rapid dengan dua kontrak lain bernilai RM94.94 juta dan RM230 juta diperoleh tahun lepas.

"Dengan kontrak terbaru itu, nilai projek dalam tangan yang belum dibina bernilai RM1.62 bilion," kata Pengarah Eksekutif Kumpulan, Mathew Tee. 

Menurutnya, projek itu akan memberi sumbangan positif kepada aset dan pendapatan bersih untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.--Bernama

Bina Buri , Rapid , Pengerang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut