AirAsia X Terima Dua Pesawat Baharu - Niaga | mStar

AirAsia X Terima Dua Pesawat Baharu

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan pesawat AirAsia X kini sebanyak 31, termasuk dua pesawat baharu Airbus A330-300 yang dihantar pada Mei, menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu pada Khamis.

Dua pesawat itu dihantar dari pusat kemudahan Airbus di Toulouse, Perancis ke Kuala Lumpur masing-masing pada 14 Mei dan 28 Mei lepas, memulakan operasi penerbangan komersialnya serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsia X Bhd, Benyamin Ismail berkata pesawat itu adalah dua yang terakhir diterima oleh syarikat sehingga penghantaran Airbus A330-900NEO pada 2018.

"Kami gembira dengan kehadiran dua pesawat ini sebagai sebahagian daripada keluarga AirAsia X Bhd kerana ia memberi syarikat lebih keupayaan untuk memperkenalkan lebih banyak kekerapan penerbangan dan sambungan ke rangkaian laluan kami," katanya dalam kenyataan.

Kumpulan AirAsia X mengendalikan 100 peratus pesawat Airbus A330-300 dengan purata umur pesawat kurang daripada lima tahun, menurut syarikat penerbangan itu.

AirAsia

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti