suria

Dentsu Aegis Network Lantik CEO Baharu

KUALA LUMPUR: Dentsu Aegis Network Malaysia telah mengumumkan pelantikan Nicky Lim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Negara, menggantikan Margaret Lim yang telah bersara.

Beliau menyertai Dentsu Aegis Network dalam Mac tahun lepas sebagai Ketua Pegawai Operasi dan sebagai sebahagian daripada perancangan penggantian Margaret Lim.

"Dalam peranan baru ini, Lim dipertanggungjawabkan untuk menerajui operasi serta pengurusan seluruh rangkaian jenamanya di Malaysia, yang merangkumi media, digital, kreatif dan pemasaran perniagaan sukan," katanya.

Artikel Lain