Jordan Minat Pelajari Pengurusan Zakat Malaysia - Niaga | mStar

Jordan Minat Pelajari Pengurusan Zakat Malaysia

AMMAN: Jordan berminat mempelajari pengurusan zakat Malaysia yang disifatkan Menteri Wakaf negara itu Dr Haeil Abdul Hafeez Daoud sebagai mantap dan boleh menjadi contoh kepada negara Islam lain.

Beliau berkata beliau banyak mendengar cerita mengenai Malaysia dan berharap dapat berkongsi serta mempelajari pengalaman Malaysia menguruskan zakat demi  kebaikan umat Islam.

"Saya juga amat bangga dengan kemajuan, ketinggian akhlak rakyat serta tamadun yang dicapai Malaysia sebagai negara Islam," kata Dr Haeil dalam pertemuan dengan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di pejabat beliau di sini Selasa.

Ia turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Prof Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohamad Nizam Mohamad Nor.

Mohd Asri dan Mohamad Nizam bertindak sebagai perantara dan penterjemah dalam pertemuan itu.

Tuanku Syed Faizuddin mengetuai delegasi MAIPs untuk bertemu pelajar Perlis dan negeri lain di Jordan.

Dr Haeil berkata kerajaan negaranya sanggup menawarkan bantuan kepada pelajar Malaysia yang menghadapi kesukaran semasa menuntut di Jordan.

Sementara itu Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua MAIPs menerangkan mengenai sistem pengurusan zakat Malaysia dan bantuan yang disalurkan kepada para asnaf.

Baginda menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan Jordan kerana memberi kemudahan kepada pelajar Malaysia yang berhasil mengeluarkan ramai cendiakawan Islam dalam pelbagai bidang.

"Saya berharap lebih banyak ruang kerjasama antara kedua-dua negara akan dibuka untuk mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan Jordan," titah baginda sambil menjemput Dr Haeil melawat Perlis untuk mendapat penerangan lebih jelas mengenai kemajuan Islam dan sistem pengurusan zakat di Malaysia.

Jordan

Artikel Sebelum

Samsung Lancarkan Peti Ais RT7000

Artikel Berikut

Keuntungan Sebelum Cukai Nestle Meningkat

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain