AirAsia Lancar Penerbangan KL-Shantou, China - Niaga | mStar

AirAsia Lancar Penerbangan KL-Shantou, China

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd melancarkan penerbangan terus empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Shantou, China, yang dibuka untuk tempahan mulai Rabu dengan promosi tambang termasuk semua bermula RM88 bagi perjalanan sehala, termasuk cukai dan fi.

Penerbangan akan bermula 25 Mac, 2016 itu merupakan laluan eksklusif ke-14 ke China dari Malaysia, dikendalikan oleh AirAsia dengan menggunakan pesawat Airbus A320 berkapasiti 180 tempat duduk, menurutnya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Promosi tambang termasuk semua itu boleh didapati melalui tempahan dalam talian di airasia.com, serta aplikasi mudah alih AirAsia melalui peranti iPhone dan Android mulai hari ini sehingga 22 Feb.

Tempoh perjalanan bagi promosi tambang termasuk semua itu adalah dari 25 Mac, 2016 hingga 5 Feb, 2017.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata terdapat permintaan bagi laluan tersebut.

Syarikat itu yakin penerbangan berkenaan akan meningkatkan jumlah kedatangan pelancong dari China terutamanya dengan pengumuman mengenai kemudahan visa baru-baru ini.

Dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelancong China tidak perlu memohon visa untuk melawat Malaysia antara 1 Mac dan 31 Dis tahun ini, sekiranya melancong bagi tempoh kurang 15 hari. 

China

Artikel Sebelum

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.0 Peratus

Artikel Berikut

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus