suria

Samsung Tawar Promosi Sempena CNY

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics kini menawarkan siri promosi istimewa pelbagai peranti digitial inovatif dan televisyen pintar sempena Tahun Baru Cina (CNY).

Promosi berakhir pada 29 Feb.

Pengarah Pemasaran Korporatnya Elaine Soh berkata rakyat Malaysia yang merancang menaik taraf kediaman masing-masing sempena CNY, tidak perlu berfikir panjang berikutan banyak tawaran hebat untuk dipilih menerusi promosi 'Joy of Fortune' oleh Samsung di seluruh negara.

"Malah, pelanggan boleh membawa pulang sistem hiburan kediaman atau pembesar suara 360 darjah secara percuma menerusi pembelian model TV UHD terpilih," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata pengguna juga boleh menikmati harga menarik untuk pelbagai peranti digital Samsung untuk dihadiahkan kepada ibu bapa dan saudara-mara di kampung halaman masing-masing agar turut dapat menjalani kehidupan pintar.

"Sepanjang bulan ini, kami menawarkan pelbagai produk untuk seisi keluarga, sama ada hadiah untuk orang tersayang atau untuk menaik taraf kediaman sempena Tahun Monyet.

"Kami mempunyai produk pintar dengan penjimatan hebat untuk semua sempena musim perayaan ini," kata Soh.

Samsung Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Lain