suria

Kerjasama PUNB-JUMP Perkasa Usaha Lahirkan Usahawan Muda

MELAKA: Jawatankuasa khas kerjasama antara Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) akan ditubuhkan bagi mencapai sasaran mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 usahawan muda menjelang 2020.

Pengerusi PUNB Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, jawatankuasa dipengerusikan anggota Lembaga Pengarah PUNB Datuk Jamilah Bakar itu akan disertai pegawai PUNB dan JUMP untuk mencapai sasaran melahirkan 2,000 usahawan muda tahun ini.

"Kami menyokong penuh cadangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan jawatankuasa khas kabinet bagi membantu menangani masalah serta melahirkan banyak usahawan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Ahmad Zahid sebelum ini berkata kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi membantu menangani masalah selain melahirkan ramai usahawan muda agar sasaran mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 usahawan muda menjelang 2020 tercapai.

Sejumlah 1,353 usahawan muda mendapat pinjaman PUNB dengan jumlah pinjaman sebanyak RM66 juta sejak ditubuhkan lima tahun lepas. -- Bernama


JUMP, PUMB, Mohd Ali Rustam

Artikel Lain