suria

Apple Watch Kini Di Malaysia

MUSIM cuti sekolah sudah berakhir namun Apple Watch yang ditunggu-tunggu akhirnya berada di pasaran Malaysia.

Apple Watch terlebih dahulu memasuki pasaran negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia, namun Malaysia terpaksa menunggu kira-kira lapan bulan untuk mendapatkan jam berkenaan di negara ini.

Ketiga-tiga model iaitu Apple Watch Sport, Apple Watch dan edisi premium Apple Watch kini boleh dibeli kedai-kedai rasmi secara dalam talian.

Apple Watch datang dalam dua saiz (38mm dan 42mm) untuk dimuatkan dengan saiz pergelangan tangan yang berbeza.

Terdapat 44 gabungan berbeza yang boleh dipilih untuk buckles dan tali.

Sebagai contoh untuk tali jam, anda mempunyai pilihan daripada keluli tahan karat, kulit dan gelang bersambung.

Harganya bermula daripad RM1,599 dan boleh mencecah sehingga RM80,000 bagi edisi premium.

Apple juga menawarkan dua reka bentuk khas sempena Tahun Baru Cina bagi Apple Watch Sport yang menampilkan tali berwarna merah.

Edisi terhad Apple Watch itu akan berada di pasaran sehingga 22 Februari.

Apple Watch

Artikel Lain