suria

PIDM Bekerjasama Dengan Cagamas

KUALA LUMPUR: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah menandatangani satu perjanjian dengan Cagamas Bhd (Cagamas) baru-baru ini bagi memastikan kesediaan operasi.

Kerjasama ini adalah salah satu daripada beberapa perjanjian pembiayaan alternatif bagi memastikan perbadanan itu mempunyai akses kepada dana sedia ada mengikut keperluan semasa.

"Ia melengkapi pelbagai inisiatif yang diambil oleh PIDM bagi memastikan ia bersedia untuk campur tangan dalam institusi anggota yang bermasalah dengan segera sebagai sebahagian daripada mandat untuk mengekalkan kestabilan sistem kewangan.

"Kesediaan operasi dan keberkesanan adalah kawasan kritikal kepada pencapaian mandat PIDM dan dalam memperkukuhkan perlindungan pengguna kewangan," kata Ketua Pegawai Eksekutif PIDM Jean Pierre Sabourin dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Cagamas, Chung Chee Leong berkata kerjasama itu akan membantu mengukuhkan sumbangan kedua-dua entiti untuk industri kewangan.

Sabourin dan Chung menandatangani perjanjian itu.

PIDM menguruskan Sistem Insurans Deposit, Takaful dan Sistem Perlindungan Manfaat Insurans di Malaysia. Melalui sistem ini, deposit bank, manfaat takaful dan insurans yang layak, dilindungi di bawah undang-undang itu.

Cagamas telah ditubuhkan bagi menggalakkan pemilikan rumah dan pertumbuhan pasaran gadai janji sekunder yang lebih luas di Malaysia.

PIDM, Cagamas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain