Bina Darulaman Peroleh Projek PPR RM106 Juta - Niaga | mStar

Bina Darulaman Peroleh Projek PPR RM106 Juta

KUALA LUMPUR: BDB Synergy Sdn, anak syarikat milik penuh Bhd Bina Darulaman Bhd (BDB) memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM106 juta untuk mereka bentuk, membina dan menyiapkan 630 unit rumah teres setingkat bagi projek perumahan rakyat (PPR) di Kubang Pasu, Kedah.

Kontrak tersebut dianugerahkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Projek itu dijangka selesai dalam tempoh 36 bulan daripada tarikh pemilikan tapak melainkan dilanjutkan menerusi perjanjian bersama oleh kedua-dua pihak," kata BDB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Syarikat itu berkata projek tersebut akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan Kumpulan bagi tahun kewangan 2016 sehingga 2018.

Bina Darulaman , Kubang Pasu

Artikel Sebelum

SPNB Lantik Ahmad Azizi Sebagai CEO Kumpulan

Artikel Berikut

MAHB Pelawa Syarikat Tambah Penerbangan Di KLIA