suria

Hong Leong Vietnam Lantik Sia Sebagai CEO

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Vietnam melantik Raymond Sia Say Guan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada 10 Dis, 2015.

Dalam satu kenyataan, bank itu berkata Sia memiliki pengalaman 20 tahun dalam perbankan dan perbendaharaan korporat dan memiliki kepakaran dalam perbankan korporat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selain perbankan komersial.

Pengarah Urusan Hong Leong Bank Bhd Tan Kong Khoon berkata bank itu bangga melantik Sia untuk menerajui operasinya yang strategik di Vietnam.

"Beliau sebelum ini berkhidmat di Standard Chartered Bank selama tiga setengah tahun di Malaysia dan empat tahun di Vietnam dalam pelbagai peranan termasuk perbankan korporat tempatan di Malaysia serta perbankan korporat, komersial/PKS di Vietnam," katanya.

Hong Leong, Vietnam

Artikel Lain