suria

OCBC 360 Account Dilancar

KUALA LUMPUR: OCBC Bank Bhd melancarkan OCBC 360 Account, yang memberi ganjaran 'faedah bonus' setiap bulan kepada mereka yang melaksanakan satu atau lebih daripada tiga jenis transaksi yang sama melalui akaun.

Dalam kenyataan pada Isnin, OCBC berkata pelanggan akan menerima faedah bonus sebanyak 1.2 peratus setahun bagi setiap jenis urus niaga apabila mereka menyimpan sekurang-kurangnya RM500, membelanjakan minimum RM500 menggunakan kad kredit OCBC mereka atau membayar sekurang-kurangnya tiga bil dalam talian.

"Mereka akan menerima ganjaran maksimum faedah pada 4.1 peratus setahun, termasuk 0.5 peratus kadar faedah asas setahun yang terpakai bagi keseluruhan baki OCBC 360 Account apabila mereka melakukan ketiga-tiga urus niaga dalam bulan berkenaan," katanya.

Faedah bonus terpakai kepada purata baki akaun harian sehingga RM100,000 bagi bulan kalendar tersebut. Melangkaui RM100,000 pula, hanya kadar asas 0.5 peratus setahun digunakan, katanya.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna Lim Wyson berkata akaun itu menyediakan laluan yang boleh dicapai bagi orang dewasa yang bekerja dengan kadar faedah mengatasi pasaran.

"Apa yang berbeza tentang OCBC 360 Account ialah kadar faedah berbeza mengikut jenis transaksi dibuat," katanya.

Ini memudahkan pelanggan mendapat kadar faedah yang menarik, dengan menyatukan semua urus niaga perbankan ke dalam satu akaun bank utama, katanya.-- Bernama


OCBC, 36 Account

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain