CEO AmInvest Disenarai Antara 50 Peneraju Ekonomi Islam - Niaga | mStar

CEO AmInvest Disenarai Antara 50 Peneraju Ekonomi Islam

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif AmInvest, Datin Maznah Mahbob disenaraikan oleh Islamica 500 sebagai salah seorang 50 personaliti utama dunia yang membawa impak besar kepada industri Islam tahun ini.

"50 individu utama itu yang mencatatkan pencapaian paling hebat dan inovatif, dikenal pasti berdasarkan beberapa kriteria," demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AmInvest, Isnin. 

Kriteria itu termasuklah inovasi, pandangan, etika, keusahawanan, impak global atau antarabangsa, kemapanan dan projek jangka panjang dan pendekatan pelbagai sektor. 

Islamica 500 diterbitkan oleh ISFIN Institute yang berpangkalan di Belgium, firma perundingan bebas bagi pasaran Islam yang beroperasi di 75 negara.

Dilancarkan pada Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-11 yang diadakan pada awal November di Kuala Lumpur, ia merupakan bahan rujukan cemerlang yang merekodkan pencapaian lelaki dan wanita yang membina dan merintis ekonomi Islam dan industri halal. 

Individu yang tersenarai dipilih dari seluruh dunia daripada sektor, pasaran dan kerakyatan berbeza.

Undangan hanya diberikan kepada mereka yang mempamerkan kepimpinan, pencapaian dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi Islam. -- Bernama


AmInvest , Maznah Mahbob , Ismalica 500

Artikel Sebelum

Epic Sasar Perolehan RM1 Bilion Pada Tahun Depan

Artikel Berikut

Syed Faisal Dilantik CEO Kumpulan DRB-Hicom

Artikel Lain