suria

AirAsia, AirAsia X Tawar Tiga Juta Tempat Duduk Promosi

KUALA LUMPUR: AirAsia dan AirAsia X kini menawarkan tiga juta tempat duduk promosi bagi semua destinasi dengan tambang asas bermula RM0 dan boleh didapati melalui airasia.com mulai 23 hingga 29 November, 2015.

Tempoh penerbangan bagi promosi tempat duduk percuma itu adalah dari 1 Mei, 2016 hingga 5 Februari, 2017, dengan penebusan utama 24 jam lebih awal (dari 0001 hingga 2359 (GMT+8) pada 22 November untuk ahli AirAsia BIG, pengguna AirAsiaGo, pemegang kad BIG Prepaid MasterCard dan AirAsia Citibank.

Menurut kenyataan di sini, AirAsia X turut memulakan semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke New Delhi, India dengan kekerapan penerbangan empat kali seminggu bermula 3 Februari, 2016.

Sempena penerbangan terus ke New Delhi dari Kuala Lumpur bermula semula, AirAsia X menawarkan tambang termasuk semua dari serendah RM399 sehala bagi tempoh tempahan yang sama, dengan tempoh penerbangan 3 Februari, 2016 hingga 5 Februari, 2017.

Ahli AirAsia BIG boleh menikmati penebusan penerbangan utama yang sama mulai 22 November, dengan tambang pengenalan ini melalui airasiabig.com.

(*Tempat duduk percuma adalah tiket penerbangan tambang asas RM0, tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi dan perkhidmatan pilihan lain).

AirAsia, AirAsia X

Artikel Lain