suria

CloudFX, MDeC Lancar Platform E-Dagang B2B

KUALA LUMPUR: CloudFX Group dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) mengumumkan pelancaran pasaran perkhidmatan awan generasi akan datang bertumpukan Malaysia - platform e-dagang Perniagaan-kepada-perniagaan (B2B).

Platform ini akan berperanan sebagai pusat simpanan berpusat untuk perkhidmatan awan berprestasi tinggi yang tersedia dan terjamin, daripada penyedia perkhidmatan awan tempatan, serantau dan dunia yang sudah membuktikan kewibawaan masing-masing, kata syarikat itu dalam satu kenyataan bersama.

Kerjasama antara CloudFX dan MDeC akan meningkatkan penggunaan awan dalam  kalangan pelanggan daripada pasaran menegak termasuk sektor perbankan dan kewangan, pengilang, logistik, perdagangan, runcit dan kerajaan.

Naib Presiden Infotech MDeC, Norhizam Abdul Kadir berkata perbadanan itu akan membawa teknologi awan ke dalam arus perdana dan memastikan ia lebih mudah diakses berbanding sebelum ini menerusi MalaysiaOneCloud.

"Kami amat teruja dengan perkongsian bersama CloudFX, dan kami menjangkakan platform ini akan menyediakan dorongan penting kepada ekonomi digital kita selain menggalakkan penggunaan transformatif penyelesaian digital," katanya.

MalaysiaOneCloud menyediakan pelbagai vendor perisian bebas tempatan sebagai penyelesaian perkhidmatan serta produk dan perkhidmatan awan antarabangsa terbaik. -- Bernama 


CloudFX, MDeC, B2B

Artikel Lain