Airbus Perluas Kehadiran Di Malaysia Melalui Pusat Khidmat Pelanggan - Niaga | mStar

Airbus Perluas Kehadiran Di Malaysia Melalui Pusat Khidmat Pelanggan

SEPANG: Pengeluar pesawat Airbus sedang memperluaskan kehadiran di Malaysia dengan pembukaan rasmi pusat perkhidmatan pelanggan yang bernilai RM24 juta yang akan menawarkan kepakaran dalam kejuruteraan pesawat dan perkhidmatan reka bentuk perbaikan yang utama di sini.

Pengarah Urusan Airbus Customer Services Sdn Bhd, Raymond Lim berkata pusat milik penuh Airbus itu akan menawarkan perkhidmatan untuk pelanggan antarabangsa, terletak di kemudahan anak syarikat penyelenggaraan bersamanya, Sepang Aircraft Engineering.

Airbus mempunyai kemudahan yang sama di Toulouse, Hamburg, Wichita dan Beijing.

Katanya, Malaysia dipilih untuk kemudahan itu disebabkan ia mempunyai bekalan tenaga mahir, sambil menambah bahawa pusat itu akan menyediakan pekerjaan kepada lebih 130 pekerja tempatan, jurutera dan mekanik antarabangsa, apabila ia beroperasi sepenuhnya.

Ia kini mempunyai 70 pekerja berbanding hanya 14 apabila memulakan operasi pada Februari tahun ini, katanya.

"Ia baik untuk kecekapan kos, dengan sokongan yang kukuh daripada kerajaan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pusat itu di sini, Khamis.

Lim berkata antara aktiviti utama yang akan dilaksanakan oleh pusat Perkhidmatan Pelanggan Airbus di Malaysia adalah pemasangan peralatan tambahan,  pengubahsuaian dan pembaikan yang kompleks, yang melibatkankepakaran dalam struktur pesawat, sistem dan avionik.

"Kemudahan tersebut juga menyediakan sokongan kejuruteraan pembaikan struktur mengikut permintaan pelanggan." katanya.

Pusat ini melengkapi konsep Airbus 'follow-the-sun' dalam menjawab kepada pelanggan untuk mengurangkan masa memandangkan akan ada pasukan kejuruteraan struktur yang terletak di zon masa utama di seluruh dunia.

Dalam ucapannya, Naib Presiden Airbus bagi Perkhidmatan Pelanggan, Operasi Perwujudan Pesawat, Jean-Pierre Samat berkata, Malaysia juga merupakan rakan kongsi industri yang penting kepada Airbus melalui pelbagai program aeroangkasa yang ditawarkan kepada pembekal tempatan.

"Kemudahan Perkhidmatan Pelanggan Airbus yang baharu ini bukan sahaja akan meletakkan Malaysia di peta antarabangsa untuk khidmat kejuruteraan aeroangkasa yang khusus tetapi juga mencerminkan potensi Airbus yang lebih luas untuk industri aeroangkasa di Asia Tenggara danAsia Pasifik," katanya.

Samat berkata pasaran-pasaran teras tersebut mencatatkan 32 peratus daripada semua pesanan dengan lebih daripada 2,755 pesawat Airbus berada dalam perkhidmatan 117 operator di rantau ini. -- Bernama

Airbus , Malaysia

Artikel Sebelum

MRCB Umum 3 Projek Serentak

Artikel Berikut

KWSP Cadang Jual Hartanah Di UK

Artikel Berkaitan

Eksport Malaysia Dijangka Berkembang

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain