Asean 2015: Kerjasama Dan Integrasi Kewangan - Niaga | mStar

Asean 2015: Kerjasama Dan Integrasi Kewangan

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Asean komited untuk bekerjasama bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan kestabilan kewangan di rantau ini dalam keadaan persekitaran luaran yang semakin mencabar.

Menurut Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, Jumaat, Pelan Integrasi Kewangan Asean Pasca 2015 akan dimasukkan dalam kerangka Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) 2025 untuk dipersetujui oleh pemimpin Asean pada November 2015.

"Pencapaian Asean dapat memberi lebih banyak manfaat dan kerjasama erat untuk diperkukuh dan diteruskan oleh Laos, sebagai pengerusi Asean pada 2016," katanya.

Pada 2015, Malaysia mengambil giliran sebagai pengerusi Asean dengan tema berpaksikan rakyat - 'Rakyat Kita, Komuniti Kita, Wawasan Kita', dan penglibatan Gabenor Bank Pusat telah membawa kepada penganjuran Mesyuarat Bersama Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Asean yang pertama pada Mac 2015.

Dua bidang teras iaitu Kerjasama Kewangan dan Pelan Hala Tuju bagi Penyepaduan Monetari dan Kewangan Asean (RIA-Fin) telah terbentuk semasa Mesyuarat Bersama tersebut, dengan Kerjasama Kewangan Asean memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan pengawasan serantau, pembiayaan infrastruktur, serta kerjasama dalam bidang perkastaman, percukaian dan insurans.

RIA-Fin pula memberi tumpuan kepada aktiviti dan isu yang berkaitan dengan liberalisasi perkhidmatan kewangan, liberalisasi akaun modal, pembangunan pasaran modal, sistem pembayaran dan penyelesaian, dan integrasi perbankan serta inklusif kewangan, kata MOF.

Bagi bidang Kerjasama Kewangan, laporan itu menyebut negara anggota Asean dan Bank Pembangunan Asia (ADB) telah membuat sumbangan ekuiti berjumlah AS$ 485.3juta, manakala operasi pinjaman Dana Infrastruktur Asean (AIF) bermula pada akhir 2013 dengan pembiayaan projek transmisi kuasa dan projek bekalan air bersih di Indonesia, serta projek transmisi tenaga di Vietnam pada 2014.

Menurut laporan itu, Protokol Rangka Perundangan Pelaksanaan Tingkap Tunggal Asean (ASW) yang telah ditandatangani pada Mac 2015, akan mempercepat pelaksanaan inisiatif ASW dalam memudahkan lagi perdagangan barangan, manakala Perjanjian Asean mengenai Kastam yang telah berkuat kuasa pada November 2014, akan terus menyokong lagi pergerakan bebas barangan di rantau ini.

Bagi Forum Percukaian Asean, MOF berkata forum tersebut akan meneruskan usaha untuk melengkapkan rangkaian perjanjian cukai dua hala, dan akan menjalankan beberapa kajian kemungkinan mengenai Nombor Identiti Pembayar Cukai Global, Penyusutan Asas dan Pemindahan Keuntungan serta meneroka langkah bagi kerjasama seterusnya dalam bidang cukai.

Laporan itu juga berkata Mesyuarat Pengawal Selia Insurans Asean (AIRM) akan terus membina upaya mengawal selia insurans dengan menyediakan latihan dan menjalankan penyelidikan. 

Kemajuan juga sudah dicapai dalam bidang Pembiayaan Risiko Bencana dan Insurans Asean untuk menggubal dasar dan mewujudkan persekitaran institusi bagi pembiayaan risiko dan insurans di negara anggota Asean (AMS).-- Bernama

Asean , AEC

Artikel Berikut

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain