Maswings Tawar Harga Promosi Sempena Ulang Tahun Ke-8 - Niaga | mStar

Maswings Tawar Harga Promosi Sempena Ulang Tahun Ke-8

KOTA KINABALU: MASwings kini menawarkan konsesi tambang rendah kepada para penumpangnya sempena sambutan ulang tahun yang kelapan syarikat penerbangan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Ritzwan Rashid berkata, tambang promosi ini adalah sehingga 80% diskaun ditawarkan untuk semua penerbangan domestik.

Katanya, ulang tahun kelapan ini sangat bermakna kerana angka lapan adalah angka yang membawa tuah dan dikaitkan dengan tuah, kebahagian dan kekayaan.

“Dalam hubungan ini, nombor lapan telah digunakan sebagai sebahagian daripada logo perayaan ulang tahun MasWings sebagai simbol yang akan membawa tuah kepada syarikat kami,” katanya.

Ritzwan menambah, MASwings berasa sangat bertuah dengan sokongan dan sambutan yang diberikan oleh masyarakat tempatan terhadap perkhidmatan syarikat.

"Sambutan ulang tahun ini dan juga harga tambang promosi sehingga 80% itu adalah ganjaran yang dapat kami kembalikan kepada para pelanggan setia kami," ujarnya lagi.

Sementara itu, sejumlah 888 tiket penerbangan akan turut diberikan kepada para pelanggan ke mana-mana destinasi MASwings kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan MASwings sehingga 13 November depan.

Dalam tempoh promosi ini, para penumpang yang memilih perjalanan dari Kota Kinabalu akan menikmati harga tambang sehala RM88 ke Labuan, RM98 ke Lahad Datu, Mulu, Miri, Tawau dan Sandakan.

Sementara perjalanan sehala ke Bintulu dan Sibu dari Kota Kinabalu akan bermula dari RM118 manakala ke Kuching pula bermula dari RM138.

Mereka yang terbang dari Kuching juga akan turut menikmati harga promosi ini dari serendah RM88 untuk ke Sibu dan RM98 ke Bintulu.

Destinasi popular seperti Miri dan Mulu turut menawarkan harga bermula dari RM118 sehala ke Kuching.

Sementara penumpang dari Miri ke Bintulu, Mulu, Limbang dan Labuan akan turut menikmati harga promosi serendah RM88 sehala dan RM98 ke Sibu.

Maswings , MAS

Artikel Sebelum

Ford Tiada Rancangan Naik Harga Trak Pikap

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain