suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malindo Air Buka Tempahan Tiket Laluan KL-Perth

KUALA LUMPUR: Malindo Air, syarikat penerbangan hibrid Malaysia mengumumkan semua tempahan tiket bagi penerbangan laluan baharunya Kuala Lumpur-Perth-Kuala Lumpur yang bermula pada 19 November kini dibuka.

Laluan tersebut yang menawarkan penerbangan 11 kali seminggu merupakan negara kelapan dalam usaha peluasan rangkaian antarabangsa Malindo dan perkhidmatan penerbangan pertamanya ke Australia, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Tambang promosi bagi laluan baharu itu bermula daripada tambang sehala RM599 bagi Kelas Ekonomi dan RM1,499 bagi Kelas Perniagaan yang termasuk faedah tambahan seperti kebenaran bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan, hidangan makanan serta makanan dan minuman ringan.

Bagi membuat sebarang tempahan dan pertanyaan, sila layari www.malindoair.com.

Malindo Air, Perth

Artikel Berikut

Artikel Lain