suria

Untung Sebelum Cukai Boustead Suku Kedua Jatuh

KUALA LUMPUR: Untung sebelum cukai Boustead Holdings Bhd untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2015 jatuh kepada RM83.3 juta berbanding RM109.9 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan merosot kepada RM2.2 bilion berbanding RM2.6 bilion sebelum ini, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin.

Boustead berkata, ia menjangka 2015 akan menjadi tahun yang mencabar berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan keadaan pasaran yang mencabar.

Di pasaran tempatan, harga komoditi yang lemah dan penyusutan ringgit akan menjejaskan pertumbuhan, tetapi ekonomi Malaysia dijangka dapat bertahan dengan sokongan asas ekonomi yang kukuh, sistem kewangan yang baik, dasar monetari yang akomodatif serta pelaksanaan pelbagai insentif kerajaan," katanya.

Boustead

Artikel Lain