MAS Tawar Diskaun 30-50 Peratus Menerusi Pameran Matta - Niaga | mStar

MAS Tawar Diskaun 30-50 Peratus Menerusi Pameran Matta

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menawarkan diskaun antara 30 dan 50 peratus bagi tiket yang dibeli semasa Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) September ini.

Pengurus Kanan Jualan Serantau MAS, Kathleen Leong berkata diskaun ditawarkan untuk semua destinasi MAS.

"Saluran pengedaran kami adalah menerusi ejen di pesta itu, agensi pelancongan yang kami lantik di seluruh negara serta menerusi laman sesawang kami," katanya pada sidang media mengenai Pameran Matta, di sini, Rabu.

Beliau berkata MAS juga akan menyumbang 10 tiket penerbangan pergi balik ke destinasi seperti London, Paris, Tokyo, Seoul dan Hong Kong kepada pemenang Peraduan Pembeli Pameran Matta.

Peraduan terbuka kepada mereka yang membeli pakej pelancongan pada harga minimum RM300.

Matta , MAS

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain