Bursa Malaysia Siasat UMA BTM Resources - Niaga | mStar

Bursa Malaysia Siasat UMA BTM Resources

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menjalankan siasatan mengenai aktiviti pasaran luar biasa (UMA) ke atas BTM Resources Bhd ekoran peningkatan ketara harga saham dan jumlah saham yang diurusniagakan.

Pada 10.55 pagi, harga saham BTM Resources mencatatkan 33.5 sen, susut 1.5 sen, dengan 3.47 juta saham diniagakan.

Dalam satu kenyataan, Bursa Malaysia menyiasat sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat yang belum diumumkan, yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan.

Bursa Malaysia juga menyiasat sama ada terdapat laporan atau cakap-cakap mengenai urusan perniagaan BTM Resources yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan, dan sama ada syarikat itu mempunyai penjelasan lain yang menyumbang kepada aktiviti dagangan.

UMA , BTM Resources

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Harga petrol, diesel naik!

"Saya luah perasaan bukan menuduh" - Irfan