suria

Pengguna Di China Boleh Guna Laman Web Cari Produk Malaysia

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menjangka 300 juta pengguna di bahagian barat dan tengah China menggunakan www.zhongdamen.com sebagai platform untuk mencari produk Malaysia.

Laman web itu yang berpangkalan di Wilayah Henan, China dan dimiliki oleh Henan Central China LogisticCo. Ltd, syarikat milik kerajaan, merupakan kerjasama antara Matrade dan zhongdamen.com.

Matrade dalam satu kenyataan berkataMalaysia merupakan satu-satunya negara Asia yang diberikan keistimewaan memiliki pavilion maya bagi produk Malaysia di laman web itu.

Pavilion lain dalamzhongdamen.comdikhususkan kepada Amerika Syarikat, United Kingdom, NewZealand, Kanada dan Australia.

"Inisiatif ini sejajar dengan strategi untuk meningkatkan eksport ke China dan ia melengkapkan program e-TRADE Matrade, yang diwujudkan untuk menggalakkan eksport menerusi e-pasaran.

"Ini merupakan satu daripada usaha kami untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala Malaysia-China sebanyak US$160bilion menjelang2017," kata Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perniagaan dan Bahan Binaan Matrade, Ong Yew Chee.

Setakat ini, sejumlah51 produk Malaysia boleh didapatkan di laman web itu.

Antara jenama utama ialah Beryl's (cokelat), Claypot (sos dan pes), Rasaku (santan kelapa), Ina (mi segera), Super (kopi putih), Cowa (airkelapa), Guarana (cappuccino) dan NuPrep (makanan tambahan TongkatAli).-- Bernama


Matrade, China

Artikel Lain