suria

Mara Sasar Lahir 15 Jutawan Di Kedah

ALOR SETAR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) berhasrat melahirkan 15 usahawan jutawan di Kedah tahun ini, kata Ahli Majlis Mara, Kama Noriah Ibrahim.

Beliau berkata usahawan terbabit disasarkan daripada lima kluster iaitu peruncitan, teknousahawan, kontraktor, usahawan korporat dan pembuatan.

"Saya rasa (sasaran) ini akan tercapai menerusi bimbingan yang dilaksana.

Ini kerana usahawan terbabit dikawal selia di peringkat daerah masing-masing dan setiap minggu ada perjumpaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Bual Bicara Usahawan Muda, di sini, Selasa.

Kama Noriah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pedu, berkata sehingga Mei tahun ini, Mara Kedah meluluskan 148 permohonan perniagaan dengan nilai lebih RM13 juta melalui Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SpiM) dan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SpiKE).

Menerusi Skim Pembiayaan Usahawan Belia (PUTRA) pula, beliau berkata sebanyak 425 permohonan dengan nilai RM3.4 juta diluluskan bagi tempoh Julai 2014 hingga Mei 2015.

"Kita amat puas hati (dengan sambutan), kebanyakan usahawan muda, ada yang jual tudung, pakaian, macam-macam, dan prestasi pembayaran balik pun baik," katanya.

Jutawan, Mara

Artikel Lain