Eco World Sasar Jualan RM4 Bilion - Niaga | mStar

Eco World Sasar Jualan RM4 Bilion

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Eco World Development Group Bhd, menyasarkan jualan bernilai RM4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Okt, 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Chang Khim Wah berkata bagi tahun kewangan semasa, syarikat itu menyasarkan RM3 bilion dan menambah, sasaran jualan untuk kedua-dua tahun itu diperoleh hasil momentum jualan yang kukuh serta pendaftaran prajualan yang tinggi.

Kumpulan itu mencatat jualan kumulatif RM3.8 bilion sepanjang 16 bulan yang lepas, termasuk RM621 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun kewangan 2015, katanya kepada pemberita pada persidangan pelabur institusi, Invest Malaysia 2015, di sini, Khamis.

"Prospek pasaran hartanah masih kukuh," kata Chang yang juga Presiden syarikat itu.

Eco World

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PMI Pembuatan China Susut Ke Paras Terendah

Artikel Berkaitan