WAS Dapat Kontrak RM370 Juta - Niaga | mStar

WAS Dapat Kontrak RM370 Juta

PETALING JAYA: Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) yang akan menyenaraikan syarikat itu di Bursa Malaysia pada tahun ini memenangi kontrak baru bernilai RM370 juta untuk  menyediakan perkhidmatan pengangkutan helikopter bagi  tempoh lima tahun bermula Rabu.

Kontrak tersebut melibatkan penyediaan dua helikopter AgustaWestland AW139 yang dikhaskan untuk Syarikat Operasi Carigali Hess (Choc) dan Syarikat Operasi CarigaliPTTEPI Sdn Bhd (CPOC), lapor syarikat itu dalam satu kenyataan.

WAS turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan helikopter luar pesisir serantau malah merupakan 70% milik bekas Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, manakala baki 30% dipegang oleh firma ekuiti swasta Amerika Syarikat, KKR & Co.

Menurut sumber tertentu, kontrak baharu tersebut menerima tempahan dan tawaran berjumlah RM8.4 juta sementara menunggu peluang pekerjaan terutamanya di rantau Afrika.

"Penyenaraian akan dilakukan akhir tahun ini dan pemantauan terhadap pasaran akan dijalankan malah akan memilih platform terbaik memandangkan harga minyak yang tidak menentu," tambah sumber tersebut.

Tambah lagi, WAS telah melantik Maybank Investment Bank Bhd sebagai pengatur bagi tawaran awam permulaan (IPO) dan turut melibatkan CIMB Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd.

Sementara itu, bank luar akan dikendalikan oleh UBS dan JP Morgan.

Dia berkata, WAS bernilai lebih kurang RM4 bilion hingga RM4.2 bilion berdasarkan keadaan semasa manakala bagi IPO, kira-kira RM1.4 bilion diperlukan untuk mengurangkan beban hutang.

KKR membayar RM642 juta setahun lalu bagi pegangan sebanyak 30% dan WAS bernilai kira-kira RM2 bilion kemudiannya.

Syarikat tersebut mempunyai lebih 37 buah helikopter yang beroperasi malah membuat tempahan untuk 10  helikopter yang baharu.

Antara pelanggan yang menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut adalah Petronas Carigali, ExxonMobil, Carigali Hess, Cpoc, Talisman, Petrofac, Newfield, TOTAL, KPOC, Lundin, WesternGeco, Hess, Shell, Tullow Oil, Mubadala Petroleum, CGG Veritas, ConocoPhillips, INPEX Offshore, PTTEP, Galp Energia Tarfayabb, PC Mauritania, EnQuest, JX Nippon Oil &Energy Co dan Kosmos Energy.

Tambahnya lagi, WAS memaklumkan mereka akan memberi perkhidmatan dalam usaha minyak dan gas kepada syarikat-syarikat operasi cari gali di bawah Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand, CHOC dan CPOC malah turut diberikan helikopter generasi baharu dengan enjin berkembar AW139 dengan kemudahan 15 tempat duduk bagi mengembangkan operasi mereka.

"Helikopter digunakan ini adalah sejenis helikopter yang memenuhi permintaan industri minyak dan gas kerana ciri-ciri keselamatan, dan merupakan salah satu daripada beberapa helikopter yang diiktiraf dari segi keselamatan tinggi untuk operasi pelantar minyak pesisir luar," kata Pengarah Pembangunan Perniagaan, Datuk Anuar Noordin dalam satu kenyataan.

WAS , Helikopter , Weststar

Artikel Sebelum

BAC Memeterai Lanjutan Kontrak Dengan MAS

Artikel Berikut

Samsung Lancar Galaxy S6, Galaxy S6 Edge

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain