Domino's Pizza Sasar Pertumbuhan Perolehan 12 Peratus Tahun Ini - Niaga | mStar

Domino's Pizza Sasar Pertumbuhan Perolehan 12 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Domino's Pizza Malaysia menyasarkan pertumbuhan perolehan sebanyak 12 peratus pada tahun ini, didorong oleh potensi jualan susulan pengenalan produk terbaharunya dan strategi harga rendah di bawah kempen #PaySameOrLess.

Pengurus Besar (Operasi) Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab Rahman, berkata kempen itu yang dilaksanakan untuk memberi penekanan kepada ketelusan Domino's dengn CBP, akan membolehkan pelanggan melihat 'penyemak harga' untuk membandingkan harga sebelum dan selepas kempen #PaySameOrLess.

"CBP akan membolehkan kami mengurangkan kos pengeluaran.  "Dengan harga yang rendah, kami amat yakin pelanggan akan datang kembali dan menikmati nilai tawaran hebat daripada Domino's," katanya pada sidang media semasa lawatan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke cawangan Domino's Pizza di Sri Rampai pada Jumaat. 

Acara itu turut dihadiri Anggota Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Domino's Pizza Malaysia merancang untuk membuka 25 cawangan baharu pada tahun ini dengan perbelanjaan modal sehingga RM700,000 bagi setiap cawangan, dan menyasarkan untuk menembusi pasaran Sabah dan Sarawak pada tahun depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AirAsia Perkenal Tiga Laluan Baharu

Artikel Berkaitan

Inflasi Di China Kekal 1.4 Peratus